Monday, November 28, 2022

contoh Dark Humour

 okey dah, sesiapa yang mencari-cari contoh dark humor, look no more, enjoy dialog berikut:

Adik: Mami nak dengar satu joke tak?

Here we come, mami mmg suka dgr adik punya jokes, kadang paham kadang ke laut tapi takpe dalam hidup ni kadang2 memang kena mandi laut, jangan mengada takut sunburn la apa ke.

Mami: yess, humor me!

Adik: Ok mami, ada satu family ni. Ada Mak, Ayah dan anak dia nama Jo. 

Demi menunjukkan mami tgh hayati penceritaan so mami tanya, 

Mami: siapa nama mak dia? (soalan mcm lame kan but wth hahaa)

Adik: tu tak penting mami. So Jo ni tanya Mak dia, what is dark humor joke? Mak dia cakap " haishhh.." macam seolah-olah malas nak layan dia. Lepas tu Mak dia cakap "cuba tunjuk Ayah". Jo tak boleh tunjuk Ayah dia, sbb dia takde tangan. Soo hehehe.... mami did u get the joke?

Korang faham tak ni? 😆

Saturday, October 17, 2020

Its been so long...

Blog ni bukan takat bersawang, malah boleh kata usang. Last post somewhere in 2014, selepas 6 tahun baru teringat 'eh rupanya aku ada blog' 🙄🙄

sejak semalam meronta-ronta hati ni nak aktif blogging semula (ecehwahh). so tengahari ni selepas selesai rewang2 dan makan2, jengah la blog ni, usha2 kat statistik nak tengok ada tak umat manusia yang masuk blog ni sepeninggalan tuan tanahnya. Yess ok ada 1, bulan Januari 2020 ari tu. I dont really mind if that person actually gotten lost and accidentally end up here, or clicked the ✖️ button without even reading anything. LOL



Wednesday, January 29, 2014

boleh eh, dia ngambingkan mak dia..

Dialog pagi ini..

Yaya : mmm... manginya mamy ni..
Mamy : mestilah mangi, kan mamy dah mandi.
Yaya : ye laa... memang mangi pun.. macam..
Mamy : macam apa yaya?
Yaya : macam kambing. 
sampaiii haaati!!!!


































anak bertuah tu..

Monday, December 16, 2013

Bestfriends.., or not.

Yaya dan Pakcik Apis nya memang selalunya x dapat dipisahkan. Semenjak dalam perut lagi yaya dah simpan dalam hati janji janji manis pakcik apisnya utk pecah tabung belikan mainan utk baby zara (nama yaya semasa baby) bila baby zara keluar dari perut mamy.





gaya orang budak budak nak pi vietnam.









kasih sayang yang padu dan rapat.

 bersama menggedik di bawah sinaran matahari terang.. berdua memercik air di kolam renang nan tenang..


Jadi bila semalam sama sama main papan gelonsor, yaya tolak apis jatuh terlentang macam baby beruang jatuh pokok, sudah jatuh ditimpa pula dgn papan gelongsor, memang menyayat hati..

 
 kasihan apis dengan air mata berjuraian dibedung tangannya oleh doctor di nadi iman medical..


Masih berjuraian di saat menunggu di x ray di kpj selangor..
 

 tengok lah tu, posing like she just saved the world. haihhh...

Thursday, May 30, 2013

handphone apis

Seperti biasa, waktu pagi di rumah memang sibuk. Mamy sibuk ngan yaya dan baby adik, yaya sibuk ngan baby adik, apis sibuk ngan yaya dan baby adik, meri sibuk ngan baby pia..pendek karangan semua orang sibuk.
Bila semua dah siap, sibuk pula masukkan beg/barangan/baby ke dalam kereta. Masing2 mesti ada barang/beg/baby utk diangkut masuk ke dlm kereta yg sedia menanti dgn boot siap terbuka di porch.
Ok, itu cerita harian yg biasa.
Pagi tadi, saya dah siap2 dukung baby adik nak masuk kereta. Tapi tengok si apis ke hulu ke hilir dgn muka tak boleh tahan serius tak reti2 nak masuk kereta. Dahi dia berkerut2 sambil bongkar sana bongkar sini. Habis bantal2 kat kusyen diangkatnya. Saya yg prihatin pun tanya "cari apa apis niii?"
Dia jawab dgn muka tension dahi masih berkerut "handphone apis..!" sambil terus mencari2. arghh sudah, itu henpon sony ericson present from my beloved husband masa kitorg tunang dulu. Saja bagi apis guna memandangkan dah dpt galaxy note. (wah wah dah dpt gading, rotan kau bagi rakyat marhain ye..) Kalau si apis ni hilangkan apa nak jawab kat enal nanti.
Utk saya tolong mencari memang mustahil, tapi kerana kesiankan budak itu yg mcm dah nak menangis cari handphone dia, dgn niat suci nak membantu saya pun meng offer "dahh takpelah biar wowo tolong miscall kan.."
still with that worry face dia menjawab "handphone kertas apis.." kudus je kan...
Rasa nak lempang pun ada. Malas nak layan dah terus aku menonong masuk kereta.


ni laa henpon kertas dia.

posted from Bloggeroid

Sunday, May 19, 2013

Bowling time..



Imej gembira di atas adalah apabila semua org dtg support daddy main bowling 2 minggu lepas. Sememangnya ssm dan staffnya byk masa dan duit utk organize tournament bowling tiap tiap tahun ..but what the heck, nak dtg dtg lor, tak nak datang sukahati ko lah..gitulah kiranya maka dgn semangat nak dpt galaxy note 2 (1st prize best wehh) , mami, yaya dan adik pun ikut daddy gi baling2 bola bowling di sunway pyramid mega lanes.

Bkn main semangat lagi yaya sorak everytime daddy dia baling. Bukan masa pin jatuh ye, tp masa daddy dia baling. Jadinya bilamana walaupun bola tersebut ke laut ( longkang ) dan anak dia kat belakang bersorak mcm dia buat strike, ada tukar kaler juga itu daddy punya muka. Hehe!! Tambahan pulak semua org toleh belakang nak tgk anak sapalah yg menang sorak ni..

Akhirnya, galaxy note 2 terbang ke tgn jiran shalin zulkifli.. daddy x menang sbb sekejap2 dia kena lari ke belakang tabir ( tempat duduk penonton ) tukarkan pampers adik, pastu sekejap lagi dia kena bawak yaya buang air kecik kat toilet, pastu bila yaya meraung nak minum air sbb terliur tgk org sebelah baru balik dr beli minuman, daddy kena lari bawak yaya gi beli mineral water kat kafe terletak kat hujung nun di sana..hahahaha...memang laa x bleh tahan.. dan tak bleh menang. Hahahaa.... Lainkali jgn serik bawa kitorang lagi ye daddy..

posted from Bloggeroid

Thursday, May 31, 2012

Aiyaaa,... tak guna!!

Lalaalaa..dah 2 bulan tak merepek di sini.

Mak tak masak semalam ( apa ni, kenapa tak kau sendiri yg masak - sila simpan soalan ini utk masa akan datang). sbb mak kata nak beli nasi ayam ali tu aje.
Angan2 pun dipasang, hemm sedapnya nasi ayam ali tu, sambal dia pedas, sup dia ada cendawan.. (otakku terliur dgn bayangan ini)
tiba2 pkl 12 tgari mak call inform berita buruk, "kak, nasi ayam ali tutup"
kecewa otak yg terliur tadi. so angan2 baru dipasang. 'ermm..nasi beriyani depan kedai nasi ayam tu pun mengancam jugak'

tanpa membuang masa, dgn tangkas aku pun bingkas bangun dan start mengemas lori2 pasir, kereta2 sport dan buku sticker yaya yg bersepah memenuhi segenap inci karpet depan tibi.

arriving at nasi beriyani's, alamak penuh pulak orang. Masing2 tgh sedap mengunyah.. sabar2.. takpe2... jap lagi je.. sabar..
lepas order 2bungkus nasi beriyani ayam dgn air k-lime, aku duduk kat meja menunggu.

tapi eh, kenapa macam org2 yg tgh mengunyah tu senyum2 kambing kat aku. pandang2 atas bawah.. macam lah aku hot sgt masa tu. rasa mekap bese2 aje, pakai maybelline angel fit pastu tepek ngan 2 way cake revlon je, ada laa calit lipbalm kaler raspberry sikit. Dressing pun bese2 aje, white blouse vs black pants takdelah menyerlah sgt, bese2 ajer.. kan.

sampai kat kedai kami, barulah ku tahu mengapa.
tak guna pakai angel fit ngan 2 way cake,
.
.
tak guna pakai lipbalm walaupun kalernya senatural raspberry,
.
.
tak guna jugaklah dressing bajet classic black n white,
.
.
.


kalau ada sticker hello kitty melepek kat seluar kau!

Eiii... tak guno!!

posted from Bloggeroid