Thursday, May 31, 2012

Aiyaaa,... tak guna!!

Lalaalaa..dah 2 bulan tak merepek di sini.

Mak tak masak semalam ( apa ni, kenapa tak kau sendiri yg masak - sila simpan soalan ini utk masa akan datang). sbb mak kata nak beli nasi ayam ali tu aje.
Angan2 pun dipasang, hemm sedapnya nasi ayam ali tu, sambal dia pedas, sup dia ada cendawan.. (otakku terliur dgn bayangan ini)
tiba2 pkl 12 tgari mak call inform berita buruk, "kak, nasi ayam ali tutup"
kecewa otak yg terliur tadi. so angan2 baru dipasang. 'ermm..nasi beriyani depan kedai nasi ayam tu pun mengancam jugak'

tanpa membuang masa, dgn tangkas aku pun bingkas bangun dan start mengemas lori2 pasir, kereta2 sport dan buku sticker yaya yg bersepah memenuhi segenap inci karpet depan tibi.

arriving at nasi beriyani's, alamak penuh pulak orang. Masing2 tgh sedap mengunyah.. sabar2.. takpe2... jap lagi je.. sabar..
lepas order 2bungkus nasi beriyani ayam dgn air k-lime, aku duduk kat meja menunggu.

tapi eh, kenapa macam org2 yg tgh mengunyah tu senyum2 kambing kat aku. pandang2 atas bawah.. macam lah aku hot sgt masa tu. rasa mekap bese2 aje, pakai maybelline angel fit pastu tepek ngan 2 way cake revlon je, ada laa calit lipbalm kaler raspberry sikit. Dressing pun bese2 aje, white blouse vs black pants takdelah menyerlah sgt, bese2 ajer.. kan.

sampai kat kedai kami, barulah ku tahu mengapa.
tak guna pakai angel fit ngan 2 way cake,
.
.
tak guna pakai lipbalm walaupun kalernya senatural raspberry,
.
.
tak guna jugaklah dressing bajet classic black n white,
.
.
.


kalau ada sticker hello kitty melepek kat seluar kau!

Eiii... tak guno!!

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 28, 2012

mcmana i boleh tahan dengan dia??

ada pepatah dahulukala, married people enjoyed annoys each other.. masa belum kahwin rasa 'uhh mana ada, dah kawen nanti i nak sayang dia baik2'.. tapi lepas akadnikah aje 'eeee sayang, you cepat sikit sampai boleh tak, kan sanding pukul 2, i dah lapar niii!' iskk iskk..

but from my own experience, (haha mcm laa dah kahwin 15tahun), antara cara of how i put up with him for the past 13 years are :

 
1. elakkan pemanjangan cerita, DON'T SLEEP ON IT,  instead, SLEEP OVER IT!.
start fresh when new day starts.
lepas gaduh mlm tadi tiba2 dia anta sms esoknya saying "selamat pagi"
janganlah pegi balas " hah awk jgn ingat saya boleh lupa awk langgar tahi anjing mughalazah dgn kete saya semalam !", sebaliknya fikir how sweet of him nak send sms sebagai penyejuk hati.
so bolehlah reply " hi selamat pagi pelanggar tahi"

2. laughter is the best medicine
 tiba2 dlm kete bau PHENG!! walaupun the real culprit could be apis or mak, i would tease him
" laaa sayang you kentut ke, manginya......"
ataupun tengah cakap dlm phone pastu tiba2 dia nak terlanggar kete depan,
jangan laa pi marah orang tu " Yang awak ni tak nampak ke kete depan tu??"
efek lebih damai kalau kata "EH EH kete depan ni tiba2 turun dari langit ke " buat sikit muka confuse. LOL

3. jangan berkira sangat

"hari tu I yg bayarkan shampoo anti ketombe you kan kan?" iskk iskk takkan ini pun nak kira loo..

tapi ada 1 hal yg mmg HARUS untuk dikira " Yang, sila jangan ngelat, pagi ni I dah yee.. skang turn you pulak cuci berak yaya"
HAHAHA *jangan nak bermaharajalela tengok tibi aje ok*

4. always remember how important he is in our life and what your world would become without him.

walaupun ternampak dalam magazine "wahh handsomenyee aaron aziz!!",
istighfar banyak banyak dan cepat selak muka surat lain. :p

Eh, kalau gitu selama ni I yang tahan dengan dia ke atau DIA YANG TAHAN DENGAN I??
hahahahaha mana mana lahh..........

Wednesday, February 8, 2012

aku orang ketiga??


wahh tajuk kau mcm bagus aje eh.. actually I nak membebel pasal peristiwa pagi tadi..

Setibanya di car park hari ni, rasa macam tak percaya bila mataku tak perlu menjeling memandang mencari lubang2 kosong utk diisi.. sebab…



Ohhh betulkah aku orang ketiga yang sampai pagi ni? Biasanya dah ada tempat khusus utk I iaitu dah hampir2 dengan lori nun jauh di hujung bangunan. But today, today is rare.I am the 3rd to arrive and no one can take that away from me, not today. I even beat kak ina .. huhuhu.. perasaan sayu masih berbaki even when i type this.

So dengan perasaan terharu I masuk lah parking sebelah perdana putih itu. Slowly.. slowly.. I drive forward and suddenly, eh, is that tiang baru je BERGOYANG GOYANG?? 



Did I just, out of my jakun-ness sebab datang awal, telah melanggar signboard 20km/j ini? Ok, jakun is good sometimes, ia menghidupkan jiwa, but not when u are experiencing masa masa riang utk menghayati pagi yg segar tapi melanggar tiang signboard yg tak bergerak… ARGHHHH wth.

I step out of the car and have a good look at what I just hit. 
Ermm.. mcm takde calar pun kereta i. :)   
ermm.. mcm takde pape je berlaku tadi. 
ermm.. tiang ni memang tumbuh semulajadi mcm ni kan..



oklah terus jalan pegi guard house nak scan in. dalam hati baca surah fatihah tanda syukur.. so apa yg bergerak tadi?? ntah KAHKAHKAH.. KBYE.

Thursday, January 26, 2012

teknik ninja atas kusyen mak..

"oooo epi bangun laa.. jangan tido atas kusyen.. penyek kusyen mak tu.. gi amik bantal baring atas karpet"

"dah petang ni apis.. tido dari tengahari membawak ke petang ni nak jadik apa haa? dahlah tido atas kusyen mak tu...."

"apa nak jadik ngan ko ni oneh? balik balik tengok bola, balik balik tengok bola, duduk atas kusyen mak tu sampai dah naik penyek mak tengok bang..."

mak memang sayang sangat ngan set sofa dia.. kalau ada orang yg agak2 macam dah lama duduk / baring kat situ dia akan bising.. bagi mak cukuplah sekadar melepas penat duduk duduk atas sofa tu, pastu silakan pandai2 lah bawak diri nak alihkan punggung tu ke tempat lain.. misalnya sofa yg menghadap pintu ke.. duduk laa kat meja makan ke, kalau nak duduk atas karpet dari pagi sampai petang pun lagi tak apa.. janji jangan penyekkan sofa dia.. hahaha... mak ... mak...


semalam, di petang yg redup nan damai, sambil yaya sibuk main buih yg keluar dari mainan yg daddy dia belikan buat kali kedua kat sabak awor, aku suapkan yaya makan bubur dia.. macam biasalah, mesti ada yg tumpah tumpah punya ekoran aktiviti menepuk nepuk buih..

"apis, tolong amikkan tisu atas meja makan tu" pintaku merangkap arahan utk si gendon yg tengah khusyuk tengak hagemaru.

sambil menyilang tangannya mcm ultraman, tanpa rasa bersalah si gendon itu melompat ke atas sofa sambil menjerit "hiyakkk!!! teknik ninja atas kusyen mak!!!!"

kebetulan mak tengah lalu, aku tengok muka mak macam nak pengsan. hahahahahaha

Monday, January 9, 2012

AMI pun AMI lahh

alhamdulillah.. yaya akhirnya dah pandai panggil aku "amiii"!!

mula mula aku perasan bibir comel dia panggil aku mummy ialah masa aku tengah turun tangga, time tu baru lepas siap mandi, (kalau tak salah hari tu weekend sbb daddy dia tengah ulit dia depan tivi masa tu..)
aku tengah terhegeh hegeh turun tangga sampai kat tengah2 tangga tu tiba2 ada suara comel memanggil  "ami!!"
sikit lagi nak terlepas anak tangga, nasib baik sistem koordinasi aku berfungsi lebih baik dari daddy dia (hikhik :p) jadi sempat melompat dgn lebih stabil. hmmm yaya.. yayaa..
betapa kembang kembongnyaaa hatiku toksah diperpanjang cite lagi.. mmg kebabo sesangat..

teringat pasal nama yaya ni.. ekceli nama yaya ni si apis gendon yang bagi.. diambil bersempena dgn nama budak pompuan yg buat biskut tak sedap dlm cerita boboiboy! heh! kitorang dengar nama tu mcm sedap aje.. pastu ditambah dengan betapa convenientnya utk yaya menyebut namanya sendiri.. so... semua setuju panggil yaya.. mula2 biasalah ada aje pihak pembangkang bernama PARTI DADDY yang tak setuju, tapi dah lama2 suma orang panggil budak gudit tu yaya, termasuk atuk mat dan nenek mama, heh.. menang dgn undi majoriti lah kami!!