Thursday, January 26, 2012

teknik ninja atas kusyen mak..

"oooo epi bangun laa.. jangan tido atas kusyen.. penyek kusyen mak tu.. gi amik bantal baring atas karpet"

"dah petang ni apis.. tido dari tengahari membawak ke petang ni nak jadik apa haa? dahlah tido atas kusyen mak tu...."

"apa nak jadik ngan ko ni oneh? balik balik tengok bola, balik balik tengok bola, duduk atas kusyen mak tu sampai dah naik penyek mak tengok bang..."

mak memang sayang sangat ngan set sofa dia.. kalau ada orang yg agak2 macam dah lama duduk / baring kat situ dia akan bising.. bagi mak cukuplah sekadar melepas penat duduk duduk atas sofa tu, pastu silakan pandai2 lah bawak diri nak alihkan punggung tu ke tempat lain.. misalnya sofa yg menghadap pintu ke.. duduk laa kat meja makan ke, kalau nak duduk atas karpet dari pagi sampai petang pun lagi tak apa.. janji jangan penyekkan sofa dia.. hahaha... mak ... mak...


semalam, di petang yg redup nan damai, sambil yaya sibuk main buih yg keluar dari mainan yg daddy dia belikan buat kali kedua kat sabak awor, aku suapkan yaya makan bubur dia.. macam biasalah, mesti ada yg tumpah tumpah punya ekoran aktiviti menepuk nepuk buih..

"apis, tolong amikkan tisu atas meja makan tu" pintaku merangkap arahan utk si gendon yg tengah khusyuk tengak hagemaru.

sambil menyilang tangannya mcm ultraman, tanpa rasa bersalah si gendon itu melompat ke atas sofa sambil menjerit "hiyakkk!!! teknik ninja atas kusyen mak!!!!"

kebetulan mak tengah lalu, aku tengok muka mak macam nak pengsan. hahahahahaha

Monday, January 9, 2012

AMI pun AMI lahh

alhamdulillah.. yaya akhirnya dah pandai panggil aku "amiii"!!

mula mula aku perasan bibir comel dia panggil aku mummy ialah masa aku tengah turun tangga, time tu baru lepas siap mandi, (kalau tak salah hari tu weekend sbb daddy dia tengah ulit dia depan tivi masa tu..)
aku tengah terhegeh hegeh turun tangga sampai kat tengah2 tangga tu tiba2 ada suara comel memanggil  "ami!!"
sikit lagi nak terlepas anak tangga, nasib baik sistem koordinasi aku berfungsi lebih baik dari daddy dia (hikhik :p) jadi sempat melompat dgn lebih stabil. hmmm yaya.. yayaa..
betapa kembang kembongnyaaa hatiku toksah diperpanjang cite lagi.. mmg kebabo sesangat..

teringat pasal nama yaya ni.. ekceli nama yaya ni si apis gendon yang bagi.. diambil bersempena dgn nama budak pompuan yg buat biskut tak sedap dlm cerita boboiboy! heh! kitorang dengar nama tu mcm sedap aje.. pastu ditambah dengan betapa convenientnya utk yaya menyebut namanya sendiri.. so... semua setuju panggil yaya.. mula2 biasalah ada aje pihak pembangkang bernama PARTI DADDY yang tak setuju, tapi dah lama2 suma orang panggil budak gudit tu yaya, termasuk atuk mat dan nenek mama, heh.. menang dgn undi majoriti lah kami!!