Tuesday, June 21, 2011

What you give, you get back..

Khamis, 16 Jun 2011
Sejak dua tiga menjak ni, satu rumah kena flu.
Mula2 macam biasa, walaupun dia paling debab, yang mana sepatutnya ketahanan badan dia paling kuat, ( rasanya teori ni paling senang kena bangkang), memang apis akan kena dulu. So dengan hingus selalu meleleh itulah aku sebagai kakak sulung paling berkaliber akan overrule suma orang dengan asyik suruh dia pergi hembuss.
Kejap kejap asal aku nampak dia tengah bersenang lenang depan tibi, akan terkeluar arahan secara tak sengaja tapi mandatory untuk dia laksanakan. “Hafiz, pegi hembus hidung tu, sok sek! sok sek..!”. Mcm biasa juga, apis ni kalau wowo yang suruh dia memang takde komplen komplen cakap itu ini, terus jalan. Berani ke dia cakap banyak??

Ahad, 19 Jun 2011 (Happy daddy’s day, Daddy!)
Yee.. sempena ngan hari yang kononnya disambut utk para bapa bapa seluruh dunia ni, keluarga aku sebagai rakyat jelata tak berkepentingan turut sama meyibuk nyibuk mengucapkan selamat hari bapa kepada bapa bapa veteran yang ada dalam keluarga  mahupun beliau yang baru geli geli memegang title bapa.
Yess, termasuklah Mohamad Zainal Abidin Ahmad, suamiku yang comel. Walaupun baru masuk tahun kedua menjadi bapa, kewibawaan beliau sebagai daddy ara memang tak boleh disangkal oleh mana mana akta domestic ciptaan manusia.
Walaupun ada kalanya aku geram dengan hobi barunya yang tak habis habis nak beli pampers, asal ada aje sale pampers kat giant ke, Carrefour ke, jusco ke.. mesti diusungnya kami termasuk dengan mak mak sekali menyerbu tempat tempat tersebut. Kemudian mulalah dia sibuk memberi arahan “mak, enal amik 2 bungkus, mak amik dua bungkus, wowo amik dua bungkus”..disusuli jadual pembayaran sistematiknya “nanti kita bayar asing asing. Sayang, nanti dewi pegi counter 2, nal pegi counter 11 bla blaa ”
Hi hi… daddy daddy… selamat hari daddy.
Mulai hari ini juga, aku dah start accheem! accheem! Tekak dah gatal, hidung sakit, mata pedih.

Isnin, 20 Jun 2011
Tengah tengok tibi, layan 413 star movies cite pasal orang kulit hitam tak puas hati ngan orang kulit putih,..yang mana sesekali aktiviti dalam hidungku mengganggu tumpuan untuk mengikuti jalan cerita tipu omputam omputih berkenaan, tiba tiba suara si apis memecah kesunyian, “wowo.., pegi hembuss hidung tu. sok sek.. sok sek..!”
Cash.
Hampeh punya gendon.

inilah apis gendon :p