Thursday, May 30, 2013

handphone apis

Seperti biasa, waktu pagi di rumah memang sibuk. Mamy sibuk ngan yaya dan baby adik, yaya sibuk ngan baby adik, apis sibuk ngan yaya dan baby adik, meri sibuk ngan baby pia..pendek karangan semua orang sibuk.
Bila semua dah siap, sibuk pula masukkan beg/barangan/baby ke dalam kereta. Masing2 mesti ada barang/beg/baby utk diangkut masuk ke dlm kereta yg sedia menanti dgn boot siap terbuka di porch.
Ok, itu cerita harian yg biasa.
Pagi tadi, saya dah siap2 dukung baby adik nak masuk kereta. Tapi tengok si apis ke hulu ke hilir dgn muka tak boleh tahan serius tak reti2 nak masuk kereta. Dahi dia berkerut2 sambil bongkar sana bongkar sini. Habis bantal2 kat kusyen diangkatnya. Saya yg prihatin pun tanya "cari apa apis niii?"
Dia jawab dgn muka tension dahi masih berkerut "handphone apis..!" sambil terus mencari2. arghh sudah, itu henpon sony ericson present from my beloved husband masa kitorg tunang dulu. Saja bagi apis guna memandangkan dah dpt galaxy note. (wah wah dah dpt gading, rotan kau bagi rakyat marhain ye..) Kalau si apis ni hilangkan apa nak jawab kat enal nanti.
Utk saya tolong mencari memang mustahil, tapi kerana kesiankan budak itu yg mcm dah nak menangis cari handphone dia, dgn niat suci nak membantu saya pun meng offer "dahh takpelah biar wowo tolong miscall kan.."
still with that worry face dia menjawab "handphone kertas apis.." kudus je kan...
Rasa nak lempang pun ada. Malas nak layan dah terus aku menonong masuk kereta.


ni laa henpon kertas dia.

posted from Bloggeroid

Sunday, May 19, 2013

Bowling time..



Imej gembira di atas adalah apabila semua org dtg support daddy main bowling 2 minggu lepas. Sememangnya ssm dan staffnya byk masa dan duit utk organize tournament bowling tiap tiap tahun ..but what the heck, nak dtg dtg lor, tak nak datang sukahati ko lah..gitulah kiranya maka dgn semangat nak dpt galaxy note 2 (1st prize best wehh) , mami, yaya dan adik pun ikut daddy gi baling2 bola bowling di sunway pyramid mega lanes.

Bkn main semangat lagi yaya sorak everytime daddy dia baling. Bukan masa pin jatuh ye, tp masa daddy dia baling. Jadinya bilamana walaupun bola tersebut ke laut ( longkang ) dan anak dia kat belakang bersorak mcm dia buat strike, ada tukar kaler juga itu daddy punya muka. Hehe!! Tambahan pulak semua org toleh belakang nak tgk anak sapalah yg menang sorak ni..

Akhirnya, galaxy note 2 terbang ke tgn jiran shalin zulkifli.. daddy x menang sbb sekejap2 dia kena lari ke belakang tabir ( tempat duduk penonton ) tukarkan pampers adik, pastu sekejap lagi dia kena bawak yaya buang air kecik kat toilet, pastu bila yaya meraung nak minum air sbb terliur tgk org sebelah baru balik dr beli minuman, daddy kena lari bawak yaya gi beli mineral water kat kafe terletak kat hujung nun di sana..hahahaha...memang laa x bleh tahan.. dan tak bleh menang. Hahahaa.... Lainkali jgn serik bawa kitorang lagi ye daddy..

posted from Bloggeroid