Wednesday, February 8, 2012

aku orang ketiga??


wahh tajuk kau mcm bagus aje eh.. actually I nak membebel pasal peristiwa pagi tadi..

Setibanya di car park hari ni, rasa macam tak percaya bila mataku tak perlu menjeling memandang mencari lubang2 kosong utk diisi.. sebab…



Ohhh betulkah aku orang ketiga yang sampai pagi ni? Biasanya dah ada tempat khusus utk I iaitu dah hampir2 dengan lori nun jauh di hujung bangunan. But today, today is rare.I am the 3rd to arrive and no one can take that away from me, not today. I even beat kak ina .. huhuhu.. perasaan sayu masih berbaki even when i type this.

So dengan perasaan terharu I masuk lah parking sebelah perdana putih itu. Slowly.. slowly.. I drive forward and suddenly, eh, is that tiang baru je BERGOYANG GOYANG?? 



Did I just, out of my jakun-ness sebab datang awal, telah melanggar signboard 20km/j ini? Ok, jakun is good sometimes, ia menghidupkan jiwa, but not when u are experiencing masa masa riang utk menghayati pagi yg segar tapi melanggar tiang signboard yg tak bergerak… ARGHHHH wth.

I step out of the car and have a good look at what I just hit. 
Ermm.. mcm takde calar pun kereta i. :)   
ermm.. mcm takde pape je berlaku tadi. 
ermm.. tiang ni memang tumbuh semulajadi mcm ni kan..



oklah terus jalan pegi guard house nak scan in. dalam hati baca surah fatihah tanda syukur.. so apa yg bergerak tadi?? ntah KAHKAHKAH.. KBYE.

Thursday, January 26, 2012

teknik ninja atas kusyen mak..

"oooo epi bangun laa.. jangan tido atas kusyen.. penyek kusyen mak tu.. gi amik bantal baring atas karpet"

"dah petang ni apis.. tido dari tengahari membawak ke petang ni nak jadik apa haa? dahlah tido atas kusyen mak tu...."

"apa nak jadik ngan ko ni oneh? balik balik tengok bola, balik balik tengok bola, duduk atas kusyen mak tu sampai dah naik penyek mak tengok bang..."

mak memang sayang sangat ngan set sofa dia.. kalau ada orang yg agak2 macam dah lama duduk / baring kat situ dia akan bising.. bagi mak cukuplah sekadar melepas penat duduk duduk atas sofa tu, pastu silakan pandai2 lah bawak diri nak alihkan punggung tu ke tempat lain.. misalnya sofa yg menghadap pintu ke.. duduk laa kat meja makan ke, kalau nak duduk atas karpet dari pagi sampai petang pun lagi tak apa.. janji jangan penyekkan sofa dia.. hahaha... mak ... mak...


semalam, di petang yg redup nan damai, sambil yaya sibuk main buih yg keluar dari mainan yg daddy dia belikan buat kali kedua kat sabak awor, aku suapkan yaya makan bubur dia.. macam biasalah, mesti ada yg tumpah tumpah punya ekoran aktiviti menepuk nepuk buih..

"apis, tolong amikkan tisu atas meja makan tu" pintaku merangkap arahan utk si gendon yg tengah khusyuk tengak hagemaru.

sambil menyilang tangannya mcm ultraman, tanpa rasa bersalah si gendon itu melompat ke atas sofa sambil menjerit "hiyakkk!!! teknik ninja atas kusyen mak!!!!"

kebetulan mak tengah lalu, aku tengok muka mak macam nak pengsan. hahahahahaha

Monday, January 9, 2012

AMI pun AMI lahh

alhamdulillah.. yaya akhirnya dah pandai panggil aku "amiii"!!

mula mula aku perasan bibir comel dia panggil aku mummy ialah masa aku tengah turun tangga, time tu baru lepas siap mandi, (kalau tak salah hari tu weekend sbb daddy dia tengah ulit dia depan tivi masa tu..)
aku tengah terhegeh hegeh turun tangga sampai kat tengah2 tangga tu tiba2 ada suara comel memanggil  "ami!!"
sikit lagi nak terlepas anak tangga, nasib baik sistem koordinasi aku berfungsi lebih baik dari daddy dia (hikhik :p) jadi sempat melompat dgn lebih stabil. hmmm yaya.. yayaa..
betapa kembang kembongnyaaa hatiku toksah diperpanjang cite lagi.. mmg kebabo sesangat..

teringat pasal nama yaya ni.. ekceli nama yaya ni si apis gendon yang bagi.. diambil bersempena dgn nama budak pompuan yg buat biskut tak sedap dlm cerita boboiboy! heh! kitorang dengar nama tu mcm sedap aje.. pastu ditambah dengan betapa convenientnya utk yaya menyebut namanya sendiri.. so... semua setuju panggil yaya.. mula2 biasalah ada aje pihak pembangkang bernama PARTI DADDY yang tak setuju, tapi dah lama2 suma orang panggil budak gudit tu yaya, termasuk atuk mat dan nenek mama, heh.. menang dgn undi majoriti lah kami!!

Wednesday, November 16, 2011

bukan puteri lindungan bulan lah

SOMETIMES when i say 
" I'm okay ", 
i want someone to look me in the eyes, 
hug me tight and say, 
" I know you are not "

Monday, September 19, 2011

Berbasikal di Hari Raya

     Raya tahun ini amat special for my small family. Apart from yaya dah pandai berjalan (fuhhh.. tthis part contributes the largest relief), saya sebagai mami yaya menerima big duit raya from daddy yaya. Timakasih sayang..(senyum sipu sipu malu)
    This year we spent raya at our home in tangkak, and went to jb the next day. Sebelum sampai JB, singgah ke rumah paklong di pekan nanas di mana daddy belajar naik basikal for the 1st time. Yaya of course, sebagai penyokong daddy nombor satu turut sama jadi pemerhati dan sesekali kelihatan takjub dengan teknik berbasikal pelik daddynya.
 


. 
.......well, hehe

Thursday, September 8, 2011

Happy Buffday Daddy

This post is posted on 8th September 2011, thats made me a day belated.. takpelah bukannya ada badan penguatkuasa utk si mereka mereka yang terlambat wish besday pun.. jadi tak perlu risaulah saya. heh heh.. (ketawa bajet comel)

adik dia 6th sept, mama 8th sept, dia sendiri 7th sept. Pandai family dia planning. Tapi sebenarnya, mama lah yg pandai planning, kasi keluar itu baby pada tarikh yang telah ditetapkan. hohoo..

for his birthday, tak tau kenapa this year i bought him a present. just a small gift to brighten up one of his special day.  Hari tu masa jalan2 kat JUSCO TEBRAU CITY ternampak punyalah cantik cantik boxes of gift yang memang sengaja dipamerkan kat depan shop tu utk cari pemangsa. Sayalah salah seorang mangsa comel yg berjaya ditelan oleh kedai bodyshop itu.

Mula mula hidung saya ditonyoh dengan perfume entah apa nama yang melaparkan perut, mungkin kerana baunya seperti bau strawberry yang baru lepas dipetik dari cameron highlands. Kemudian saya teringat yang daddy zara sangat suka pakai white musk, jadi saya minta salesgirl yang baik hati untuk menonyoh hidung saya dengan white musk versi sport. Woww gorjes betul!!
Ada dua warna botol versi sport iaitu warna hijau dan biru. Terus saya turuti kata hati yang mesra alam (GO GREEN) dan ambil botol warna hijau.

Masa nak bayar, saya ternampak botol biru yg cantik design labelnya tersenyum senyum pada saya, nampak kasihan betul jadi di saat2 kecemasan itu saya telah menukar fikiran. (I'm a lady, and a lady is allowed to change her mind even at last minute - Albert Zara Einstein).

Selain perfume yg berbau gojes tersebut, i got him a Hand & Body Wash and Deodorant of same sport version. Lepas tu, babai duit dlm purse.. see you again on 24th sept...(hehe daddy's pay day kuikuikuii)

6th sept, 11.00pm : 
zara dah tidur kat sebelah. Capai handphone, bukak new text message, ingat nak send kat daddy tepat tepat pkl 12.00 tengahmalam, iyalah, sebagai injiniya kenalah precise buat kerja kan. 
Jadi mulalah taip ayat ayat jiwang cintan cintun utk wish besday tu, taip 1 ayat, diam sekejap fikir, taip lagi 1 ayat, diam sekejap fikir.. fikir ... fikir ... zzzz........................
alamak.. subuh esoknya pukul 5.50am baru message tu daddy received.
OMG, jauh betul Tangkak - KL kan. :p

Tuesday, August 16, 2011

Jenis jenis penyakit yang menensenkan..

Antara jenis-jenis penyakit yang boleh buat orang gila:
i. selsema -- (sbb hidung tersumbat)
ii. batuk -- ( sbb tekak tersumbat)
iii. combination of 2 above : telinga tesumbatt!

dah seminggu telinga tersumbat, tak taulah tersumbat dengan apa.
On the 2nd day tersumbat tu, i went to klinik zaiton kat tepi bustand.
dia bagi antibiotik (dah sapan semalam), ubat batuk (yg ni sampai rumah terus masuk goal dlm tongsampah), dan juga pil utk ubat selsema (yg ni aku makan tapi tinggal lagi sebiji akan sapan). oleh kerana doktor zaiton tak bagi ubat titis telinga ( i insist to have anything in my ear to feel good about my ear <-- pembinaan ayat yg dashyat ), aku pergi pula ke klinik Lim kat tangkak ni, dia mmg ada bagi ubat titis (pun dah sapan by now).  soo... apa lagi mauuuuu wahai telinga??????? eeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!
hukhuk :( this is exactly why i'm feeling down.. )
adakah keterlaluan kalau aku pergi jumpa specialist.. just because ada beberapa benda dalam bentuk akues tersumbat dlm telinga. menci..